Thursday 22 November 2012

Kelebihan Surah Mulk



Banyak fadhilat yang kita belum tahu tentang surah al-Mulk kan . 


1. Daripada Abi Hurairah r.a dari Rasulullah s.a.w. bersabda:  “Sesungguhnya di dalam Al-Quran ada 30 ayat yang memberi syafaat kepada pembacanya hingga diberi keampunan untuknya  iaitu surah Al-Mulk.
2. Daripada Anas Ibnu Malik berkata: Nabi s.a.w. telah bersabda:  Sesungguhnya seorang lelaki yang sebelum kamu telah meninggal dunia dan tidak ada bersamanya sedikitpun daripada kitab Allah kecuali “Tabaarakal Lazi”. Maka apabila dimasukkan ke dalam kubur, datanglah kepadanya malaikat. Maka surah itu telah menahan wajahnya dan malaikat berkata pada surah itu, sesungguhnya kamu daripada kitab Allah dan saya tidak mahu menyusahkan kamu, sesungguhnya saya tidak boleh memberi kepada kamu dan kepada dia, dan kepada saya kemudharatan atau kemanfaatan. Sesungguhnya  jika kamu mahu memberi manfaat kepada dia (simati), jadi pergilah menemui Allah swt dan mintalah syafaat darinya. Maka diapun (surah) menemui Allah swt dan berkata, ” Wahai  Tuhanku, sifulan ini (si mati), dia pilih saya dalam kitabmu dan dia pelajari saya dan dia membaca saya, bolehkah wahai Allah, engkau membakar dan menyeksanya, walhal saya di dalam dadanya. Maka jika engkau ingin berbuat demikian, maka padamlah saya dari kitabmu. Dan Allah berfirman, ” Aku nampak kamu marah”. Dia (surah) menjawab: ” Sesungguhnya saya marah”. Allah swt berfirman: “Pergilah sesungguhnya aku memberi dia kepada kamu dan kamu menjadi syafaat ke atasnya.
Nabi s.a.w. bersabda; “Surah itu datang kepada malaikat dan memaksanya keluar tanpa melakukan apa-apa pada si mati. Maka surah itu datang dan meletakkan mulutnya kepada mulut si mati dan mengucapkan selamat datang kepada mulut yang sentiasa membaca saya dan selamat datang kepada dada yang menghafal dan menjaga saya, dan selamat datang kepada dua kaki yang sentiasa berdiri dan membaca saya.
Maka surah itu bersama si mati dalam kuburnya supaya si mati tidak merasa kesunyian.
Anas berkata; apabila Nabi s.a.w. khabarkan hadis ini maka tidak ada seorangpun yang kecil mahupun  yang dewasa, hamba maupun tuan kecuali dia mempelajari surah ini dan Nabi s.a.w. menamakan surah ini al-Munjiah iaitu yang menyelamatkan. (HR Ibnu Katsir)
Daripada Anas Ibnu Malik berkara: Rasulullah s.a.w. telah bersabda: satu surah didalam Al-Quran menghujahkan kepada pembacanya sehingga memasukkannya ke syurga iaitu “Tabaralallazi” (HR at- Tabarani)
Daripada Ibnu Anas r.a. berkata: seorang sahabat telah mendirikan khemah di atas kubur dan beliau tidak tahu bahawa itu adalah kubur, maka di dalam kubur itu terdengar suara bacaan surah Al-Mulk sehingga khatam  maka beliau menemui baginda Rasulullah s.a.w. dan berkata:” wahai  Rasullullah s.a.w. saya dirikan satu khemah atas satu kubur dan saya tidak tahu itu kubur, lalu saya terdengar seseorang sedang membaca surah AL-Mulk sehingga khatam. Nabi s.a.w. bersabda: itulah yang menahan dia daripada seksa kubur.
Ibnu Abbas berkata, “Bacalah surah Al-Mulk  dan ajarkanlah kepada keluarga kamu dan semua anak-anak kamu. sesungguhnya ia yang menyelamatkan dari berdebat di hari kiamat di depan Allah swt dan dapat menyelamatkan  kamu dari api neraka, pembacanya juga selamat dari seksa kubur.
Surah Al Mulk ini merupakan surah yang ke 67  daripada 114 surah kesemuanya

copy dari sebuah blog : http://harisonyahya.wordpress.com/2012/07/04/fadhilat-surah-al-mulk/

menghilangkan hati yang resah


 Korang pernah rasa tak hati yang gelisah ? Yee hati tak tenang macam tu .
Terasa seolah-olah berdebar-debar 
duduk tak kena , berdiri tak kena 
terasa seperti korang duduk dalam sebuah bilik yang hitam yang tiada pintu dan tingkap
Ya Allah , resahnya hati ini !
Itulah yang aku merasakan minggu lepas , seksa !
sungguh seksa sekali , tak dapat digambarkan macam mane rasa itu kan .

 Apa yang perlu kita buat andai hati ini resah gelisah .

1. membaca al-Quran



2. memohon pada Allah .


3. lakukan solat tahajud 




"Carilah hatimu pada tiga tempat. Cari hatimu sewaktu bangun membaca Al-Quran. Jika kau tidak temui, cari hatimu ketika mengerjakan solat. Jika kau tidak temui, cari hatimu ketika duduk tafakur mengingati mati. Jika kau tidak temui juga, maka berdoalah kepada Allah, pinta hati yang baru kerana hakikatnya pada ketika itu kau tidak mempunyai hati!".

Imam Al-Ghazali


Andai korang masih lagi tidak menemukan ketenangan itu 
berkongsilah masalah korang dengan orang yang paling anda percayai ;DD
sibukkan diri untuk melupakan masalah seketika 

“Barang siapa memperbanyak istighfar maka Allah S.W.T akan menghapuskan segala kedukaannya, menyelesaikan segala masalahnya dan memberinya rezeki dari arah yang tidak disangka.” (Hadis Riwayat Ahmad, Abu Daud, an-Nasa’i, Ibnu Majah dan al-Hakim dari Abdullah bin Abbas r.a.)

Harapan aku sebelum meninggal dunia




Semua orang mempunyai harapan , begitu juga dengan aku .
Cewahh ayat macam dalam karangan dalam sekolah je haha ;p

PERTAMA : Well sebelum aku meninggalkan dunia yang fana nie aku berharap sangat aku akan menjadi muslimah yang sejati .
Yup inilah impian aku dari dulu , bukan mudah mudah untuk berubah kan?
Iman itu ada naik dan turun. Aku akui itu.



Cantikkan wanita apabila menutupi aurat dengan sempurna ;') 

KEDUA : Selain daripada itu aku ingin sangat bahagiakan family aku dulu ^_^



Yelah aku kan anak sulong hoho
Aku ingin membalas jasa family aku terlebih dahulu 

KETIGA : ummm , aku ingin menjadi yang halal kepada insan yang menerima aku apa adanya 
Amboi ayat kemain kann haha gatai je keje hangg 
Ehh at least aku cari yang halal , ko ade ? :p lalalalalala *ayat kaver woo
Siapa ? Biarlah rahsia . . 





KEEMPAT : Apabila aku dah tiada dalam dunia nie ;'/ aku cuma ingin famili aku SAHAJA 
yang memandikan jenazah aku boleh tak ?
Aku tak ingin sesiapa yang tiada hubungan memandikan jenazah aku neither jiran sendiri .
Maaf ! Itu harapan aku yang paling besar ;'/



Sekian saja dari aku , cekniee !


Friday 26 October 2012

cara-cara mengatasi kesedihan

Cara-cara mengatasi kesedihan 
1. Sibukkn diri
- Sedarkah kita apabila kita sedang bersahaja , tengok tV perkara yang menyedihkan pasti akan menjelma dalam kotak fikiran kita . Oleh itu , Sibukkan diri andaaa , cewahh . tak kiralah , pergi jogging ke , pergi cari masalah ke, geduh ke asalkan dapat sibukkan diri :P
2.Hang out
-Bila kita dengan kawan kita , pasti kita akan gembira right ? So , sesekali ajak diorang hang out bersama .
3. Luahkan perasaan
-Luahkan perasaan supaya tidak membebani pemikiran kita . Buatlah satu blog dimana takde orang baca keh atau seorang teman yang setia mendengar segala masalah-masalah yang kita hadapi dan mampu menyimpannya hingga akhir hayat mereka , cewahhh . Jangan luah kat fb nanti orang muak tengok korang hikhik ;p
4. banyakkan mengadu pada Allah
-mohon lah ketenangan hati kepadaNya .



Solat Tahajud




Korang mesti dah tahu pasal mende nie kan ?
Takpelahh , aku nak share jugak sebab jenis aku suka share mende yang aku tahu :) 
bukan sebab nak berlagak alim or whatever tapi aku suka kalau 
ramai-ramai mempraktikkan benda yang baikkk , kannn ^^

Semua orang tahu apa tu solat tahajud kan jadi takyah bagitahu pun takpe
betul tak ? :)

" Puasa yang paling utama setelah puasa Ramadhan adalah puasa bulam Muharram, sedangkan solat yang paling utama setelah solat fardhu adalah solat malam"(Riwayat Muslim)

Bila aku baca hadith nie , aku sedar yang aku jarang mengerjakan yang solat sunat .
korang mesti selalu buat kan ? 
Ruginyaa aku sebab terlalu alpa dengan Dunia .

Fudhail bin Iyadh berkata ,
"Jika engkau tidak mampu menunaikan solat malam dan puasa siang hari maka ketahuilah bahawa engkau sebenarnya sedang berada dalam keadaan terhalang kerana dosamu begitu banyak "
 
Subhanallah..... sedarkah kita ?

 Dikala kita tidur terlalu lena di malam hari atau terlalu leka berfacebook, ada insan lain yang menyembah dan menyerahkan diri mereka pada Allah S.W.T. di tengah-tengah malam semata-mata mengejar akhirat . 
Mereka sanggup meninggalkan sedikit waktu mereka dimalam hari untuk beribadah .
kita, kita ? masih lagi leka dengan duniawi . 
 
 
 
 
Nabi Muhammad SAW bersabda sebagaimana yang disebut dalam hadis riwayat tabrani;
" Lakukanlah solat malam sesungguhnya ia akan mengusir penyakit dari dalam tubuh"

terlalu banyak mukjizat solat tahajud kawan-kawan . Tidak terkata .
kalau aku tulis kat sini kan , korang bosan pulak nengok sebab panjang sangat post .
hehehehe

baiklah sampai disini sahaja dulu .
Assalamualaikum :))




Sunday 30 September 2012

esok exam :P






assalamualaikum

hai , esok saye exam dan hari nie saya still online

tu je nak bagitahu :p

k bubye ^_^

Thursday 27 September 2012

meminati seseorang



"Apabila dirimu meminati seseorang, bermohonlah kepada Allah SWT agar hatinya akan kamu miliki. Jika kamu sangat menginginkannya dengan sebenar-benar keinginan, maka bermohonlah dengan sebenar-benar pengharapan.

Jangan sesekali kamu merayu pada si dia, kerana bicaranya mungkin akan membuatkan kamu terluka. Apabila hati dipersenda, pasti sebuah kekecewaan akan menerpa .

Namun, jika dirimu memohon terus kepada Allah, Penciptanya, dua kemungkinan sedia menanti kamu, iaitu mungkin dirimu mendapatkan hatinya atau mungkin kamu akan mendapat seseorang yang lebih baik darinya…^^,

Abah ...




Dear abah yang ku sayang…
Maafkan along sebab tak dapat nak tolong abang mengurangkan beban keluarga kita..
Di usia along yang begini , along masih lagi mengharapkan sesuap nasi daripada abah..
Sepatotnya Alonglah yang menanggung abah kan ? :(
Maafkan along abah…
Maafkan along….
Along masih lagi leka dengan kenikmatan dunia..
Abah..
Andai diberi peluang …
Along tak ingin melihat abah membuat semua kerja ..
Biarlah abah pulak yang duduk di rumah , berehat..
Merehatkan tubuh abah yang dah lama bekerja untuk kami itu :(
Abah..
Maafkan along…
Along hargai segala pengorbanan abah tu ..
Malah along dah tak sanggup lagi melihat abah bekerja untuk mencari sesuap nasi untuk kami ..
Meminta duit dengan abah pun , along fikir dua tiga kali..
Bila along betol-betol takde , terpaksa along mintak jugak…
Maafkan along abahhhh , ampunkan alongggg …. :(
Abah..
Walaupun keluarga kita tidak sekaya orang lain tapi along bangga..
Bangga mempunyai seorang ayah seperti abah..
Abah seorang ayah memahami..
Even abah jarang menzahirkan semua itu , along tahu ..
Apa yang abah buat sekarang semua untuk kebahagiaan keluarga kita kan .
Baiklahh , sampai je la dulu .
Along dah tak tahan menahan sebakk

Thursday 13 September 2012

hadiah kesukaan wanita

pssssttttt!!!psssstttt!!!pssstttt!!!!!
sini ! sini ! haaa kat sini ..

memandangkan hari nie hari cuti , yehaaaaaaa 
aku nak buat post tentang hadiah-hadiah impian seorang perempuan yang tak pernah mereka zahirkan :)

Tapi tak la semua perempuan suke 
tapi kebanyakan suke laaaaa :P
ehh banyak pulak tapi kita kan hikhikhik
okay-okay ...

First : Chocolate


dap errr, dap er.....
best-best .... Alangkah indahnya kalau dapat makn nie nyumieeeee ^_^
ramai wanita @ perempuan . Ehh senang-senang panggil gegurl laaa hikhik
takot makan cokelat sebab gemuk namun dalam masa yang sama mereka amat menyintai cokelat . Trust meee :) i'm girl also right 

Second : Flower


kalau untuk flower pulak kan , gegurl tak kesah jenis yang macam mane tao 
janji ia berbentuk bunga , kalau bukan bunga betul sekalipun , konon ianya diperbuat daripada straw but then gegurl nie terima je janji ia berbentuk bunga .
Dahhh , beli satu je dah cukup dah . Gegurl bukan memilih sangat , satu pun dah cukup buat dye terharu , lagikan banyak ...:P

Third : Teddy Bear 








Olololo.. tomey nyaaa tomeynyaaaa... cute right ? hikhik
Kebanyakan ramai gegurl kat luar sana suke sangat teddy bear , me ? thanks a lot , i tak minat wawawawa
Kalau korang nak beli, pastikan bulu bear tu tak luruh yee sebab nanti sakit pulak gegurl u all bulu masuk dalam makanan lahh , baju laa, lubang hidung laaa..
Dahh start nak mengarut aihhh -_-

Fourth : Ringg



Ekcekli gegurl kat luar sana tak kesah pun pasal cincin nie , tapi kalau u all bagi kompem diorang terharu haaaaaa....
Gegurl tak kesah pun nak bagi cincin perak ke , cincin yang harga 10 ringgit ke janji ianya daripada yang tersayanggg , how sweetttt ^^
Dahh , tak payah nak beli emas bagai , yang tu mahal sangat kan . Lainla kalau korang tu anak Dato' ke , anak Tan Sri ke kan lalalalala

Baiklahh , sampai di sini saja perkongsian kita pada hari ini yeee . 
Sebenarnya tak kesah pun hadiah apa-apa janji ia datang daripada hati yang ikhlas 
tapii nie hadiah yang paling famous dalam hati wanita wawawaawa
Baiklah , sekian terima kasih kerana sudi melawat blog saya ..
Assalamualaikum ...


Sunday 9 September 2012

yang menyayangi atau yang dicintai





"Lelaki menangis sebab perempuan , itu maknanya lelaki yang serious dengan perempuan itu ;)
Tapi kalau perempuan menangis sebab lelaki , itu maknanya lelaki tak guna -,-"


perempuan , jangan kau menjadi hamba kepada cinta .
Sudahlah , sapu airmatamu masih ramai lagi yang menghargai kamu dan menyayangi kamu .


They did not worth to you instead they make u feel worse
make u feel dumb because loving them for nothing
They did not appreciate on what you doing , with your feeling .



" lebih baik memilih yang untuk hidup bersama orang yang menyayangi kita daripada orang yang kita sayang "

kalau dulu kawan aku bertanya 

"fatinn , kau rasa pilih orang yang kita cinta atau orang yang sayangkan kita yang lebih baik ? "

lalu aku menjawab dengan yakin ,

"pilih lah orang selalu berada di hati kita , yang selalu kita cinta . Biarpun kita selalu terluka namun dialah orang yang kita sayang kan ? Kalau dah sayang , kenalah berkorban sikit perasaan tu"

namun tak ku sangka semua itu tak betol ....

Andai di putar balik , ingin ku perkatakan wahai kawan 

"pilihlah orang yang menyayangi kita , sebab dia takkan melukai hati kita untuk sedikit pun kerana adanya perasaan sayang itu dalam dirinya . Orang yang kita sayang akan beri apa yang kita ingin kan namun orang yang kita cinta , kita sendiri yang sering mencari kebahagiaan itu. "





nampak tak ? tak guna untuk bertahan untuk dia yang tak menghargai diri mu seadanya . Hati kamu itu sangat lah bernilai harganya jadi jangan biarkan ia terluka untuk seseorang yang tak menghargai diri mu. 



#cekniee