Thursday 22 November 2012

Kelebihan Surah Mulk



Banyak fadhilat yang kita belum tahu tentang surah al-Mulk kan . 


1. Daripada Abi Hurairah r.a dari Rasulullah s.a.w. bersabda:  “Sesungguhnya di dalam Al-Quran ada 30 ayat yang memberi syafaat kepada pembacanya hingga diberi keampunan untuknya  iaitu surah Al-Mulk.
2. Daripada Anas Ibnu Malik berkata: Nabi s.a.w. telah bersabda:  Sesungguhnya seorang lelaki yang sebelum kamu telah meninggal dunia dan tidak ada bersamanya sedikitpun daripada kitab Allah kecuali “Tabaarakal Lazi”. Maka apabila dimasukkan ke dalam kubur, datanglah kepadanya malaikat. Maka surah itu telah menahan wajahnya dan malaikat berkata pada surah itu, sesungguhnya kamu daripada kitab Allah dan saya tidak mahu menyusahkan kamu, sesungguhnya saya tidak boleh memberi kepada kamu dan kepada dia, dan kepada saya kemudharatan atau kemanfaatan. Sesungguhnya  jika kamu mahu memberi manfaat kepada dia (simati), jadi pergilah menemui Allah swt dan mintalah syafaat darinya. Maka diapun (surah) menemui Allah swt dan berkata, ” Wahai  Tuhanku, sifulan ini (si mati), dia pilih saya dalam kitabmu dan dia pelajari saya dan dia membaca saya, bolehkah wahai Allah, engkau membakar dan menyeksanya, walhal saya di dalam dadanya. Maka jika engkau ingin berbuat demikian, maka padamlah saya dari kitabmu. Dan Allah berfirman, ” Aku nampak kamu marah”. Dia (surah) menjawab: ” Sesungguhnya saya marah”. Allah swt berfirman: “Pergilah sesungguhnya aku memberi dia kepada kamu dan kamu menjadi syafaat ke atasnya.
Nabi s.a.w. bersabda; “Surah itu datang kepada malaikat dan memaksanya keluar tanpa melakukan apa-apa pada si mati. Maka surah itu datang dan meletakkan mulutnya kepada mulut si mati dan mengucapkan selamat datang kepada mulut yang sentiasa membaca saya dan selamat datang kepada dada yang menghafal dan menjaga saya, dan selamat datang kepada dua kaki yang sentiasa berdiri dan membaca saya.
Maka surah itu bersama si mati dalam kuburnya supaya si mati tidak merasa kesunyian.
Anas berkata; apabila Nabi s.a.w. khabarkan hadis ini maka tidak ada seorangpun yang kecil mahupun  yang dewasa, hamba maupun tuan kecuali dia mempelajari surah ini dan Nabi s.a.w. menamakan surah ini al-Munjiah iaitu yang menyelamatkan. (HR Ibnu Katsir)
Daripada Anas Ibnu Malik berkara: Rasulullah s.a.w. telah bersabda: satu surah didalam Al-Quran menghujahkan kepada pembacanya sehingga memasukkannya ke syurga iaitu “Tabaralallazi” (HR at- Tabarani)
Daripada Ibnu Anas r.a. berkata: seorang sahabat telah mendirikan khemah di atas kubur dan beliau tidak tahu bahawa itu adalah kubur, maka di dalam kubur itu terdengar suara bacaan surah Al-Mulk sehingga khatam  maka beliau menemui baginda Rasulullah s.a.w. dan berkata:” wahai  Rasullullah s.a.w. saya dirikan satu khemah atas satu kubur dan saya tidak tahu itu kubur, lalu saya terdengar seseorang sedang membaca surah AL-Mulk sehingga khatam. Nabi s.a.w. bersabda: itulah yang menahan dia daripada seksa kubur.
Ibnu Abbas berkata, “Bacalah surah Al-Mulk  dan ajarkanlah kepada keluarga kamu dan semua anak-anak kamu. sesungguhnya ia yang menyelamatkan dari berdebat di hari kiamat di depan Allah swt dan dapat menyelamatkan  kamu dari api neraka, pembacanya juga selamat dari seksa kubur.
Surah Al Mulk ini merupakan surah yang ke 67  daripada 114 surah kesemuanya

copy dari sebuah blog : http://harisonyahya.wordpress.com/2012/07/04/fadhilat-surah-al-mulk/

No comments:

Post a Comment