Thursday 22 November 2012

menghilangkan hati yang resah


 Korang pernah rasa tak hati yang gelisah ? Yee hati tak tenang macam tu .
Terasa seolah-olah berdebar-debar 
duduk tak kena , berdiri tak kena 
terasa seperti korang duduk dalam sebuah bilik yang hitam yang tiada pintu dan tingkap
Ya Allah , resahnya hati ini !
Itulah yang aku merasakan minggu lepas , seksa !
sungguh seksa sekali , tak dapat digambarkan macam mane rasa itu kan .

 Apa yang perlu kita buat andai hati ini resah gelisah .

1. membaca al-Quran



2. memohon pada Allah .


3. lakukan solat tahajud 




"Carilah hatimu pada tiga tempat. Cari hatimu sewaktu bangun membaca Al-Quran. Jika kau tidak temui, cari hatimu ketika mengerjakan solat. Jika kau tidak temui, cari hatimu ketika duduk tafakur mengingati mati. Jika kau tidak temui juga, maka berdoalah kepada Allah, pinta hati yang baru kerana hakikatnya pada ketika itu kau tidak mempunyai hati!".

Imam Al-Ghazali


Andai korang masih lagi tidak menemukan ketenangan itu 
berkongsilah masalah korang dengan orang yang paling anda percayai ;DD
sibukkan diri untuk melupakan masalah seketika 

“Barang siapa memperbanyak istighfar maka Allah S.W.T akan menghapuskan segala kedukaannya, menyelesaikan segala masalahnya dan memberinya rezeki dari arah yang tidak disangka.” (Hadis Riwayat Ahmad, Abu Daud, an-Nasa’i, Ibnu Majah dan al-Hakim dari Abdullah bin Abbas r.a.)

No comments:

Post a Comment